Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012


Salam dan selamat tahun baru untuk semua yang singgah kat blog nie..., semoga tahun 2012 ni memberi lebih pengertian dan kebahagiaan dalam hidup kita....^_^


Kita tak tau sampai bila masa yang kita ada...tapi kita tak boleh mengalah...Ingatlah yang kita mesti cari rezeki umpama kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah umpama kita akan mati esoknya...


Sama2 lah kita perbaiki diri kita yang serba kekurangan ini...  :)

# Umur semakin meningkat... tak beshnya  

Dugaan yang tak terduga... :(

Perancangan Allah, tiada siapa yang boleh halang...itu pasti kan...
Dalam masa aku dok sibuk cari kerja...tetiba ada dugaan dan halangan yang mendatang...membantutkan sekejap semuanya...sedih sangat2 bila aku rasa lebih terduga dengan banyak panggilan interview kerja pada saat aku tak mampu nak hadirkan diri...huhu


Walau apa pun, aku tau yang perancangan Allah swt adalah yang terbaik untukku...cuma aku kena ikhlaskannya...


Biarlah orang lain mencapai kejayaan dulu, mungkin belum sampai masa dan rezeki aku...Aku redha Ya Allah akan ketentuanMu ^_^



# mengharapkan semuanya kembali seperti sedia ada...

Episod Cinta ~ my latest novel yang aku beli ^_-

Sinopsis: Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama? Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu. Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?




p/s : novel yang agak menarik...jalan citer yang baik...tahniah kepada penulis :)
so, ramai2 lah g beli ek kalau nak baca...


KREDIT KEPADA PENULIS AIRA ALIFF

18 Disember 2011

Pada tarikh nie berlangsungnya majlis pertunangan along saya...tahniah ye...^_^


Sehari sebelum tu, rumah saya ada buat sikit majlis tahlil...rasa besh sangat bila de kenduri...cuma sikit letih lah...macam2 nak kena buat...apa pun syukur sangat coz majlis ok...dan makanan cukup untuk tetamu...hehe


Esoknya lewat saya bangun...mau dekat pukul 10 lah...tu pun pas kena marah dengan my mum...kecoh siap cepat2 nak g umah bakal kak ipar saya...muka sememeh je pegi sana... :)


So, ni adalah sikit gambar yang saya ambil dari bakal kakak ipar saya...dia muda dari saya 2 tahun...tapi still kena panggil kak kat dia...syoknya...tetiba rasa muda...

my brother and his future wife

hantaran dari pihak lelaki

hantaran dari pihak perempuan



rombongan dari pihak lelaki




p/s : 27 berbalas 33...banyak sungguh kan...^_^