Friday, July 22, 2011

Takdir menemukan aku dengan KAM…

Assalammualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca…ni entry yang seterusnya…wah…sekali update mau sepuluh entry letak…gila tamak kan…bukan selalu dapat online…macam tu lah gamaknya bila sekali dapat online…hehe…tapi takde sapa nak marah pun kan…

Orang yang baca mesti cakap, kome punya blog kome punya sukalah nak update bape banyak pun…lalala…merapu ape tah ni…tangan tak henti menaip coz idea mencurah2 dalam kepala otak ni…

Ok…kembali pada pada story yang nak disampaikan tadi…kepada sesape peminat novel…diorang mesti tau punya KAM (kirimkan aku malaikatmu)…coz tu tajuk sebuah novel yang agak femes dan dah lama saya cari, payah sangat2 saya nak jumpa…tapi akhirnya, takdir Allah swt…saya jumpa gak novel tu…cuma ada satu je…tu pun sample punya( yang dah tak dok dalam plastik)…tapi bantai je lah…dah memang lama kempunan nak baca novel tu…


Cara saya terjumpa novel ni pun macam dah ditakdirkan (ceh2…macam jumpa orang je…love at first sight)…untuk makluman semua, saya ni kalau g shopping complex memang pantang kalau nampak kedai2 buku ni…badan rasa macam di tarik je suh masuk kedai tu…kuat kan magnet kedai tu ngan saya…


So takdirnya bermula bila saya pusing2 banyak kali dalam kedai buku popular di sunway carnival mall…korang tau katner???



ni lah kedainya...

punyalah pusing banyak2 kali…tapi tetap tak jumpa novel tu,akhirnya bila dah putus asa+takde semangat nak pusing lagi…jadinya terfikir mau capai mana2 je novel kat situ dan terus g bayar…


Then saya capai lah satu novel…dengan tetiba je novel sebelah tu plak jatuh…disebabkan jatuh kat lantai, so terpaksalah saya duduk mencangkung sebab nak angkat balik novel tu…(tak nak lah tertonggek amek novel tu,kurang sopan kan…)…dan seperti yang telah ditakdirkan novel yang tengah saya cari…kirimkan aku malaikatmu…ada kat rak paling bawah…dan cuma satu tu je novel KAM yang ada kat situ…tu pun sample punya…macam saya mention kat atas tadi…(bunyi macam kurang puas hati je ngan mention banyak kali yang buku tu sample…sebab sebenarnya saya ni jenis mngada2 bila beli novel coz mesti mau yang baru…dok dalam plastik, tak nak yang dah orang pegang2)…tapi buat pertama kali dalam hidup saya 24 tahun ni…saya beli novel yang dijadikan sample… dengan megabaikan prinsip mengada2 tu demi novel yang dah lama saya cari…

Dengan perasaan yang berbagai2…saya g ke kaunter…tu pun risau takut buku yang dijadikan sample tak di jual…tapi nasib girl tu cakap boleh beli…happy sesangat hari tu dan dengan penuh senyuman saya keluar dari kedai buku tu…

Bila sampai rumah je…wat semua kerja yang harus di buat…Lepas je isyak, tak tunggu apa dah…terus landing dan capai novel yang beli siang tadi, bila baca je novel tu…, baca lagi dan terus baca…tapi tak seperti  yang saya harapkan…tapi lagi…saya tetap habiskan baca sampai pukul 6 pagi…huhu L

Jadi terlebih dulu saya minta maaf sangat2 pada penulis…saya cuma nak bagi sikit komen…boleh ya???

Novel ni mempunyai watak2 yang besh tapi jalan cerita tak berapa besh, ada yang smooth and slow je, ada part yang boring nak baca dan memang kurang berkesan dihati saya… mungkin jugak sebab saya letakkan harapan yang  tinggi pada novel ni, btw takde hal lah coz saya sukakan watak lukman hakim walaupun dia lambat meluahkan cintanya (but I’m still falling in love with him)…apepun tahniah kepada penulis…mungkin penilaian saya tak tepat…sebenarnya saya tak pandai dalam bab penulisan novel…tapi saya minat sangat2 baca novel coz ni merupakan hobi saya dari sekolah sampai lah skang ni…J

p/s: novel terbaik yang ada kat carta hati saya sekarang ni ialah novel Andai itu Takdirnya… ^_^

Kredit untuk penulis novel muliati abdul...

1 comment:

  1. Assalam...jom singgah butik...exclusive apparels and hijabs

    http://www.firzaraexclusive.com/

    ReplyDelete