Friday, July 22, 2011

Saya jadi pemandu pelancong…boleh ke???

Salam untuk semua, dah lama tak tulis blog…sebenarnya takde kesempatan nak tulis blog atau lebih tepat g takde laptop nak tulis blog…kesian kan…hasrat nak menulis blog dah terbantut…huhu

Cerita ni maybe dah lama, tapi still dalam bulan julai 2011…jadi kira boleh tulis g lah kan…betul tak??

Kebosanan melanda bila dok kat rumah (biasa lah…dah nama penganggur) bukan tak nak cari kerja…tapi my mum n dad bagi lampu hijau untuk cari kerja lepas raya…nak bagi saya raya puas2 lah tu…the besh lah kan…love it…

Hurm...One day or satu hari ya???...mana2 lah kan…sama je


Tetiba je Anna Monina (my roommate waktu di u…), call my hp…dia ckap nak datang my sweet home…ape lagi…terkejut bukan main arrr …ingatkan dia just main2…tapi rupanya betul2 
(bukan sebab tak sudi yang membuatkan saya terkejut…tapi lebih kepada takut kawan saya tak selesa sebabkan rumah saya yang agak kucar kacir(selerak) dengan adanya 3 adik lelaki saya…bukan sorang…tapi 3…jadi korang boleh bayangkan lah macam mana kan???…kemas rumah pun kena 3 kali sehari…huhu) …
so dengan tersangat rendah diri, saya tetap mengalukan kedatangannya ke rumah saya  dan tentunya ke bandar tercinta TAIPING…

Day 1: Disebabkan anna sampai lambat…kira malam lah baru sampai…so lepas amek dia kat bus stand kamunting…bawa jalan2 kat taman tasik jap…pastu terus balik rumah bagi dia rest coz penat sesangat.

Day 2: Cik fina…sorang lagi roommate saya waktu di u…yang memang tinggal kat area yang dekat gak ar ngan taiping bawa kitaorang makan2 dan ronda kat taiping…kecoh + riuh rendah taman tasik ngan gelak tawa bertiga coz lama dah tak gelak bersama …hehe

ni gambar2 yang sempat diamek untuk Day 2:


cik anna + cik fina





Day 3: Anna mengasah bakat memasak kat my home…saya jadi pembantu je…hari ni anna tak nak kuar coz malam nanti dia nak tengok Kelantan vs sabah (liga super)…

Day 4: Tak tau nak bawa anna kemana…coz  dah lewat petang baru kuar…jadinya kami cuma pergi ke tesco kat Taiping tu je…lepak kat KFC je…dah dekat maghrib bertolak balik rumah…

Day 5: Oleh sebab anna dah nak kena balik Kelantan soknye…maka petang tu kuar lah kejap…tempat yang dipilih ya lah muzium perak…sebab saya memang minat ngan muzium dan juga sebab Taiping The Heritage town…jadi sesuai lah kan(waktu tu de renovate sikit…jadi tak dapatlah tengok patung2 binatang kat situ)…huhu
Khazanah2 sejarah:
sepit rambut zaman dulu...besar kan

comel giler rumah2 ni...kecik je

seram ar  tengok topeng2 ni...huhu

makanan tradisional orang melayu...

ni yang terbaik...tak sabar mau kawin rasanya...lalala

pengangkutan zaman dulu2 kala...

Day 6: Anna dah bertolak balik ke Kelantan koi 10.45 pagi dan sampai koi 6.30 petang…lama kan perjalanannya…kalau saya…mau kematu punggung…hehe (macam mana lah mung nak g Kelantan ni faz…lalala)





Dalam hati saya harap sangat2 anna enjoy datang kat taiping walaupun sebenarnya banyak lagi tempat yang tak sempat pegi…macam Bukit Maxwell, Bukit Merah dan macam2 lagi lah tempat yang ada… takpe…boleh datang lagi next time kan….

p/s: sesape nak jalan2 kat taiping boleh contact my no…saya boleh jadi pemandu pelancong…kih3   (hanya gurauan semata)…




No comments:

Post a Comment